Posted by irsyad22 on February 29, 2008 – 10:48 pm

Baru-baru ni, aku ada tengok berita. Ada la sorang anak menteri tu yang kalau tak silap aku bakal bertanding di parlimen Rembau. Sape lagi, Khairy Jamaludin la. Menantu Pak Lah.. Sape tak kenal. Dalam ucapannya, dia ada bagitau bahawa manifesto pembangkang yang mahu menurunkan harga minyak adalah retorik sahaja.
Katanya, negara akan muflis sekiranya menurunkan harga minyak. Ni aku nak tanya, sape dia yang pandai sangat mengulas bagi pihak pembangkang? Adakah dia seorang menteri kewangan? Adakah dia tu pandai sangat nak urus belanjawan negara. Manifesto pembangkang bukan angan-angan mat jenin. Ianya dibuat melalui kajian yang teliti.
Menteri Kewangan sebelum ni, Dato Seri Anwar Ibrahim berkata keuntungan Petronas boleh digunakan untuk mengurangkan harga minyak. Kalau korang perasan, dari tahun 1990-2004, kenaikan minyak yang paling tinggi hanya RM 0.10. Tetapi sejak pentadbiran Abdullah, yang baru sepenggal, harga minyak telah melonjak naik ke aras yang tinggi. RM 1.92 (2007) dari RM 1.37 (2004).
Ni lah antara alasan-alasan lapuk yang selalu diberikan oleh mereka (BN):
- Kenaikan harga masih lagi rendahberbanding negara ASEAN yang lain
- Kerajaan akan pastikan kenaikan tidak membebankan
- Kerajaan tidak lagi mampu menampung subsidi
- Kerajaan memberi jaminan harga runcit petroleum tidak akan dinaikkan lagi pada TAHUN INI.
Bagi seseorang yang masih lagi waras pemikirannya akan berkata “kenaikan harga minyak dunia akan memberi keuntungan yang banyak kepada negara pengeksport minyak” Tiada sebab negara kita akan rugi sekiranya harga minyak dunia naik. Dan tiada sebab kerajaan sudah tidak lagi mampu menampung subsidi minyak. Sebab pe? Sebab negara kita ni pengeksport minyak laa..
“RM10 billion akan diambil dari keuntungan Petronas untuk kita turunkan harga minyak, ia tidak menjejaskan lagi, Read More »
Posted by irsyad22 on February 25, 2008 – 10:37 pm
Ini, aku nak luahkan perasaan ketidak puasan hati aku. 1st of all, aku kene jual donat mlm ni. Ni baru je habis round v2. Petang tadi da round v6. Nak tau hasilnya? hah, aku diberi 20 biji donat untuk dijual. Baru 15 biji yang berjaya dijual! Da banyak blok aku round tapi baru 15 biji yang berjaya dijual. what the hell? Memang DAMN…
Mula-mula aku da agak, donat bukannya laku. Sebab pe? Member aku yang jual nasi lemak, 40 biji beb…Tapi, semua disapu bersih!!! Ni donat 20 biji pun tak lepas. Tak padan dengan tenaga aku round setiap blok. huhuhu. Lepas ni, aku tak nak da jual benda-benda tak laku camni. Buat penat je. Masa lak banyak dihabiskan. Keuntungan lak sikit je. Tak memadai langsung.
Tu baru satu..klu ikutkan banyak lagi aku nak tulis ni tapi, letih r malam ni. Lenkali je la yer…
Posted by irsyad22 on February 24, 2008 – 6:11 pm

Hehehe…isu ni memang dah lama tapi ianya tetap menarik untuk diolah. Masihkah kau ingat suatu ketika dahulu, haraga petrol melonjak tinggi sehingga RM 1.92 seliter. Namun begitu, kerajaan memberi jaminaan bahawa harga barang-barang lain tidak akan dinaikkan. Kalau difikirkan logik, memang kenyataan kerajaan itu tidak dapat diterima akal. Petrol adalah benda yang berguna kepada masyarakat.
Sebagai contoh, pembekal roti (high5, gardenier) menghantar bekalan roti mereka menggunakan van. Dah van tu guna apa nak bergerak? bukan petrol ke? Dah kalau harga petrol naik, mestilah diorang juga ingin menaikkan harga barang mereka. Ini contoh je. Hakikatnya memang harga roti naik sebab harga tepung juga naik. huhu
Akbar Sunday Star, 4 November 2007 melaporkan purata Indeks Harga Pengguna (CPI) melonjak naik sehingga 20 peratus. So what? Jadi, ini bermakna kenyataan kerajaan bahawa CPI hanya naik sebanyak dua peratus adalah TIDAK BENAR. Ish-ish, tak habis-habis kerajaan ingin menipu rakyat. Depa ingat kita ni bodoh ke!!!
Aha, ni antara contohnya:
- harga beras naik 8%
- sos cili naik 10%
- bihun naik 10%
- biskut meningkat sehingga 15%
- telur ayam meningkat 35%
- harga tepung naik 107%
Konklusinya, menyokong Barisan Nasional (BN), ini bermakna anda setuju dengan harga Barang Naik (BN). Rakyat semakin susah, tetapi kroni-kroni semakin hidup senang. Ini ke kerajaan?