Posted by irsyad22 on March 27, 2008 – 11:40 am

RUKUN NEGARA dulu …zaman kuno
- KEPERCAYAAN KEPADA TUHAN
- KESETIAAN KEPADA RAJA DAN NEGARA
- KELUHURAN PERLEMBAGAAN
- KEDAULATAN UNDANG-UNDANG
- KESOPANAN DAN KESUSILAAN
RUKUN NEGARA BARU untuk menjadi rakyat
- KEPERCAYAAN KEPADA PERDANA MENTERI
- KESETIAAN KEPADA PATRIK LIM
- KELUHURAN PUTRA JAYA
- KEDAULATAN BARISAN NASIONAL
- KESOPANAN DAN WAJIB KURANG AJAR
RUKUN NEGARA bagi ADUN dan MENTERI BESAR
- KEPERCAYAAN KEPADA PERDANA MENTERI
- KESETIAAN KEPADA PERDANA MENTERI
- KELUHURAN PERDANA MENTERI
- KEDAULATAN PERDANA MENTERI
- KESOPANAN KEPADA PERDANA MENTERI
- KETAATAN KEPADA PERDANA MENTERI SAMPAI MATI

Tahniah kepada Kickdefella diatas pendedahan ini. Agar rakyat buka Mata dan jangan dibodohkan oleh UMNO
Posted by irsyad22 on March 26, 2008 – 11:39 pm
Act, selepas PRU 12 ni, aku ingat malas da nk update sal2 politik ni. Tetapi, isu-isu hangat dari hari ke hari membuatkan aku teruja untuk terus post isu-isu politik ni.
Ada yang tidak bersetuju dengan cara penulisan blog aku ni. Tapi, aku tetap aku. Politik menjadi kegemaran aku. huhu..Tengok la nanti, bila arus politik stabil balik, aku akan stop update sal2 politik dan aku akan kembali kepada niat asal aku - blog sebagai DIARI hidupku.
Ermm…esok aku ada test Reservoir. Mintak2 boleh la jawab esok. Quiz DE dan test IMSE sebelum ni da hancur daa…hukhuk…
p/s: Pangkor!!! aku merindui pengalaman kat sana….
Posted by irsyad22 on March 26, 2008 – 7:18 pm
PM pertahan Idris Jusoh
utusan.com.my
SEPANG 23 Mac - Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi mempertahankan tindakannya melantik Datuk Seri Idris Jusoh sebagai Menteri Besar Terengganu yang berdasarkan majoriti sokongan.
Menurut Abdullah, pelantikan Idris tidak akan berubah kerana ia berdasarkan majoriti sokongan yang diberikan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) kepada Idris.
“Sebarang lantikan dibuat terhadap orang lain itu tidak kena dari segi Perlembagaan,” katanya kepada pemberita selepas melawat Litar Sepang sebelum menyaksikan perlumbaan Formula 1 (F1) Grand Prix Malaysia dan menyampaikan hadiah kepada para pemenang perlumbaan tersebut. – Utusan.
Apabila Melayu sendiri sudah kurang ajar
Entah apa yang dijanjikan kepada 22 orang penyokongnya? Kita tidak tahu tetapi perpaduan jelas kelihatan di wajah luaran individu 23 ADUN Terengganu.
Pada awalnya, Idris dikatakan berserah kepada Qada dan Qadar penentuan samada dirinya di lantik sebagai MB atau sebaliknya. Lunakan suara, indah pekerti di tonjolkan di dalam berita Utusan Malaysia sehingga semua berita turut memberikan pujian kepada bekas MB Terengganu itu. Tapi kita tidak tahu sikap dia sebenar selagi sikap itu tidak didedahkan kepada semua orang.
Namun disebalik topeng kemuliaan itu sebenarnya tersembunyi kerakusan dan kegilaan kuasa. Rupa rupanya semua rendah diri dan tunduk ke buminya hanyalah lakunan yang mampu bertahan tidak sampai sebulan. Kini warna sebenar IDRIS JUSOH terserlah dengan pemboikotan majlis angkat sumpah Menteri besar baru, Mohd Said si adun Kijal.
Keburukan dirinya bertambah tambah dengan usaha untuk menghalang rakan yang dulunya berjuang bersama dengan laporan BPR. Tidak cukup dengan itu, Pihak kerajaan pusat turut memberikan kerjasama kerana masa depan Idris Jusuh adalah masa depan Abdullah Badawi. Jatuh Idris Jusoh akan jatuhkan Badawi kerana semua kerja kerja gila Idris 4 tahun yang lalu ada kaitannya dengan Patrick dan Abdullah sendiri. Maka tidak hairan lah kenapa ABdullah bertegas mahukan IDris menjadi Menteri besar berbanding Mohd Said sedangkan kedua duanya adalah ADUN BN dan dari UMNO sendiri.
Kini bersedia lapuran salah gunakuasa dan korupsi Mohd Said. Rupa rupanya semuanya sudah tersedia untuk dibawa ketengah, cuma Read More »