Posted by irsyad22 on February 12, 2009 – 7:24 am
Filed under Agama, Artikel

…budaya dan amalan meraikan Valentine’s Day adalah dilarang sama sekali oleh agama Islam. Ini adalah kerana perayaan tersebut mengandungi unsur-unsur ritual dan kepercayaan agama Kristian serta amalannya yang bercampur baur dengan maksiat…
Apa yang membimbangkan sejak kebelakangan ini ialah pesta perayaan Hari Kekasih dirayakan dengan pelbagai sambutan yang tidak bermoral seperti yang dilaporkan oleh media massa, mereka banyak menghabiskan malam perayaan tersebut dengan berpasangpasangan serta bergaul bebas dan sebahagiannya diakhiri dengan pesta seks.
Islam sangat prihatin dan menghendaki supaya umatnya mempunyai identiti yang tersendiri dan berbeza dengan identiti umat yang lain. Kerana itu penghayatan akidah Islam, pelaksanaan ibadah, muamalah dan akhlak serta tradisi-tradisi yang ada pada umat Islam tidak boleh sama dan serupa dengan umat lain. Dalam erti kata lain umat Islam tidak boleh mencampur adukkan akidah dan peribadatan agamanya dengan akidah dan peribadatan agama lain. Ini berdasarkan firman Allah S.W.T.
Bermaksud:
“Katakanlah (wahai Muhammad): Hai orang kafir. Aku tidak akan menyembah apa yang kamu sembah dan kamu tidak mahu menyembah (Allah) apa yang aku sembah. Dan aku tidak akan beribadat secara kamu beribadat dan kamu pula tidak mahu beribadat secara aku beribadat. Bagi kamu agama kamu, dan bagi aku agamaku.”
(al-Kafirun ayat 1-6)
Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Selangor Kali 1/2006 pada 21 Februari 2006 telah memutuskan bahawa :
“Amalan merayakan Valentine’s Day tidak pernah dianjurkan oleh Islam. Roh perayaan tersebut mempunyai unsur unsur Kristian dan amalannya yang bercampur dengan perbuatan maksiat adalah bercanggah dan dilarang oleh Islam”.
Read More »
Posted by irsyad22 on December 30, 2008 – 1:05 pm
Filed under Agama, Artikel

- Kita tidak akan peka dengan isu ini kerana kita dijamu dengan kesenangan dan kemewahan
- Kita tidak akan cuba menyelami derita, keseksaan yang dihadapi oleh mereka
- Kita akan terus dengan hidup yang penuh dengan keselesaan ini tanpa menghiraukan nasib mereka yang seagama dengan kita.
- Kita akan terus menyokong Israel dengan membeli produk-produk yang menyumbang kepada Israel
- Kita hanya memerhati tanpa sedikit usaha pun untuk membantu mereka
- Kita tidak akan dapat menyelami perasaan mereka sehinggalah perkara tersebut benar-benar berlaku kepada kita
Mereka sudah banyak yang gugur syahid - syurga telah menjadi jaminan kepada mereka. Kematian itu perkara biasa bagi mereka. Mereka masih lagi mempertahankan maruah Islam dengan melindungi Baitul Maqdis.
Jasa dan sumbangan mereka amatlah besar kepada agama Islam. Mereka adalah saudara kita. Ingat! mereka adalah saudara kita.
Bantulah mereka. Bantulah mereka dengan doa kalian. Bantulah mereka dengan harta kalian. Bantulah mereka dengan tenaga kalian.
Mereka memerlukan bantuan kita. Maruah Islam telah tercabar. Adakah kamu sanggup melihat saudara seagamamu diperlakukan sedemikian rupa?
Selamilah derita, perasaan dan seksa yang telah dialami mereka.
Terkini - 30/1/2008 11:50am - Sepuluh orang terbunuh dan 40 lagi cedera awal hari ini apabila pesawat perang Israel menggugurkan sekurang-kurangnya 16 buah bom yang memusnahkan lima pejabat kerajaan Hamas di sebuah kompleks di Genting Gaza.
Keganasan Israel setakat ini telah menyebabkan 364 rakyat Palestin termasuk 62 penduduk awam terbunuh, manakala lebih 1,400 lagi cedera.
Read More »