Archive for the ‘Artikel’ Category

Nov
20

Slow Motion Video

Artikel No comments

For this post, I’ll show you how it’s looks like when we’re capturing video 80x slower. Amazing! What we didn’t see in real life can be seen in this video. Bear in mind, this video cant be capture by using a standard video cam or another camcoder that been used in the industry. I wonder if some of you especially for those who have handycam, taking video and edit it by using video editor. It’s useless.

Not all camera capable in capturing slower video. One of them whose capable doing this is Phantom v12.1. This CMOS-based high-speed camera capable of taking 1,000,000 pictures-per-second. I repeat 1million pictures in just a second. Thats why you’re gonna see video like this.

more video (more…)

Nov
19

Jangan terlalu lebih

Artikel No comments

Jangan Terlalu ….

1. Terlalu lama berdiri - merosakkan tulang. Urat sekitar kaki menjadi kembang.

2. Terlalu lama duduk - merosakkan lipatan daging. Akan mudah dihinggapi penyakit tua. Tubuh badan menjadi kendur.

3. Terlalu lama berjalan - merosakkan urat.

4. Terlalu lama melihat - merosakkan darah.

5. Terlalu banyak tidur - merosakkan tenaga. Menjadi pemalas. Jauh jodoh!

6. Terlalu banyak ketawa - merosakkan usus / menghilangkan nur wajah (yang ini aku tambah).

7. Terlalu kerap marah - merosakkan hati. Cepat kelihatan tua.

8. Terlalu banyak berfikir - merosakkan limpa. Kulit muka cepat berkedut. (fikir masalah umat takpe kot?)

9. Terlalu banyak bersedih - merosakkan jantung.

10. Terlalu merana - merosakkan paru-paru.

11. Terlalu takut - merosakkan ginjal. Apabila fungsi ginjal terjejas, boleh mengakibatkan gejala kencing manis dan lemah jantung.

12. Terlalu kerap terkejut - merosakkan pundi hempedu. Gejala pening kepala kerap dialami.

13. Terlalu banyak makan - merosakkan pencernaan. Mudah mengalami keletihan, malas dan selalu mengantuk.

14. Terlalu banyak minum minuman berais - merosakkan otot & lambung. Badan menjadi lembik. Berat badan meningkat. Mudah diserang penyakit & tidak kelihatan awet muda.

15. Terlalu banyak masa lapang - merosakkan fikiran. Kelapangan masa yang terlalu banyak menimbulkan berbagai khayalan dan menimbulkan berbagai penyakit jiwa, kecuali masa lapang diisi dgn aktiviti hidup yg positif .

SOURCE: IzoBlog

NOTE: cuti mood

Sep
22

Beberapa Info Berguna Berkenaan Malam Al-Qadar

Agama, Artikel 2 comments

Laylatul Qadar atau Malam al-Qadar telah diketahui umum sebagai malam yang amat istimewa buat seluruh umat Islam. Ia berdasarkan ayat al-Quran dari surah al-Qadr . Firman Allah SWT :

Ertinya : “Malam Al-Qadar lebih baik dari seribu bulan” (Al-Qadr : 2) .

Di Malam ini jugalah Nabi SAW bersungguh-sungguh beribadat melebihi malam-malam Ramadhan yang lain. Disebutkan di dalam sebuah hadith :-

Ertinya : Adalah Nabi SAW, beribadat dengan (lebih) bersungguh dan kuat di sepuluh malam terakhir Ramdhan, tidak sebagaimana baginda di malam-malam yang lain” ( Riwayat Muslim, no 1175 )

Sebuah lagi hadis menyebut :-

انه كان يعتكف فيها ويتحرى ليلة القدر خلالها

Ertinya : “Adalah Nabi SAW beriktikaf padanya dan berusaha mencari malam al-qadar darinya (malam-malam ramadhan)” ( Riwayat al-Bukhari & Muslim)

أن النبي صلى الله عليه وسلم كان إذا دخل العشر أحيا الليل وأيقظ أهله وشد مئزره

Ertinya : ” Apabila telah masuk 10 terakhir bulan Ramadhan, maka Nabi menghidupkan malam, mengejutkan isterinya dan mengetatkan kainnya (tidak menyetubuhi isterinya kerana amat sibuk dengan ibadat yang khusus)” ( Riwayat Al-Bukhari dan Muslim)

Waktunya

Malam Al-Qadar Indah Bagi Orang Beriman. Para ulama antaranya Syeikh Dr Yusof Al-qaradawi menyebut bahawa tarikh malam lailatul qadar sengaja di sembunyikan oleh Allah SWT agar umat manusia berusaha bersungguh-sungguh bagi mencarinya, bagaimanapun ada disebutkan terdapat tanda-tanda akan kemunculan malam yang terhebat ini.

Iaitu seperti hari esoknya yang tidak terlampu panas dan tidak pula sejuk, matahari pula tidak memancarkan sinarannya dan pelbagai lagi. Ia semuanya berasal dari hadith-hadith yang sohih.

Bagaimanapun tanda-tanda ini tidaklah begitu penting bagi individu yang benar-benar telah beribadat sepanjang malam. Ia juga tidak banyak memberikan manfaat kerana malam tersebut sudah terlepas sekiranya tanda itu dikenalpasti esoknya.

Malah, tanda ini juga adalah amat sukar menjadi tepat kerana suasana dan cuaca sesebuah Negara adalah berlainan. Di Negara barat contohnya mungkin sentiasa mendung kerana berada dalam musim sejuk, musim bunga manakala di Afrika pula mungkin sedang mengalami keterikan. Adakah malam al-qadar tidak muncul di tempat mereka kerana setiap siang adalah terik?.

Jawabnya, tanda-tanda ini hanyalah contoh yang berlaku di zaman Nabi SAW dan tidak lebih dari itu.

Menurut pandangan yang paling kuat di kalangan para ulama, ianya berlaku pada sepuluh malam yang terakhir, iaitu pada malam-malam ganjil.

Hadith Nabi menyebut:-

التمسوها في العشر الأواخر من رمضان

Ertinya : ” Carilah ia (malam al-qadar) di sepuluh malam terakhir dari bulan ramadhan” (Riwayat Bukhari dan Muslim)

Bagaimanapun, kita sekali lagi mungkin kebingungan pada tahun-tahun tertentu (more…)

Sep
16

Apa yang berlaku pada hari ini?

Artikel, Isu semasa 2 comments

16 September 2008. Klu x clap aku, 16 September satu tarikh penting gak lam sejarah Malaysia ni.

HARI PEMBENTUKAN MALAYSIA

Betol tak kawan-kawan? Kite duk sambut hari merdeka, 31 Ogos tu sebenarnye tu hari kemerdekaan bagi Persekutuan Tanah Melayu (semenanjung laa)

Malaysia dibentuk pada tarikh ni, 16 September 1963.

Persekutuan yang baru diwujudkan di bawah nama Malaysia pada 16 September 1963 melalui penyatuan Persekutuan Malaya, Singapura, Borneo Utara (kemudian dinamakan Sabah) dan Sarawak. ~wikipedia~

Sebab tu la, ada cadangan dari DSAI supaya hari ini dijadikan cuti umum bagi semua negeri yang diperintah pembangkang kerana tarikh ini mempunyai nilai sejarah nye..cewahh

x nak cerita sal ni. Sebenarnye, aku tertunggu-tunggu dakwaan yang mengatakan pembentukan kerajaan baru berlaku hari ini.

Adakah betol sejumlah MP dan wakil rakyat dari BN akan lompat parti masuk Pakatan Rakyat? Adakah benar DSAI akan diangkat menjadi PM? Adakaj hari ini 16 SEPTEMBER 2008 akan menjadi sejarah buat Malaysia?

Kite tunggu dan lihat.

NOTE : menanti dengan penuh harapan.

Sep
10

Mengapa harga minyak tidak turun?

Artikel 4 comments

Di sini terdapat dua berita untuk saya sampaikan kepada anda semua. Satu berita baik manakala satu lagi berita tak baik atau juga dikenali sebagai berita JAHAT.

Berita baiknya ialah - Harga minyak dunia telah menurun ke paras $102.51 per barrel iaitu paras harga ketika Najib dan kerajaan BN berjanji untuk tidak menaikkan harga minyak.

Berita tak baiknya atau berita jahat ialah - Paklah tak sedar mengenai penurunan harga minyak global ini. Paklah juga tak sedar bahawa setiap kali beliau menaikkan harga minyak, tiada kajian yang mendalam seraya kenaikkan harga minyak ‘glokal’ adalah serta merta. Mengapa penurunan pula tidak boleh secara serta merta?

Oleh demikian, saya beranggapan harga minyak glokal ini sepatutnya kembali kepada harga asal. Bagaimana pula dengan rebet yang sudah diberikan? Anggaplah itu satu pemberian ikhlas dari kerajaan setelah menipu rakyat bahawasanya tidak ada kenaikkan selepas PRU-12.

Cuba saudara ingat balik debat di antara DSAI dan Shabery pada 15Julai yang lalu. Anwar telah menyatakan bahawa harga minyak dunia telah sampai ke ‘breaking point’ dan akan menurun. Berbuih-buih mulut Shabery untuk menafikan kata-kata Anwar kononnya ia retorik semata-mata. Kini, terbukti kata Anwar ada sohihnya. Anwar seolah-olah lebih bijak dari seluruh kabinet paklah.

Ingin saya ingatkan kembali, jika kerajaan mengambil jalan sedikit bersabar pada bulan Jun lalu dengan menangguhkan kenaikkan harga minyak ke bulan Ogos, sudah pasti pada hari ini harga minyak kekal pada paras 192sen per liter. Maka tiada rakyat negara ini yang menderita akibat inflasi segera.

Maka tiadalah orang ramai berpusu-pusu ke stesen minyak (more…)