Umum mengetahui apa itu FRU (Federal Reserved Unit) - Unit Simpanan Persekutuan. Sebut saja FRU, apa yang timbul di benak kepala adalah keganasan, kezaliman, pukul orang guna cota, roboh masjid, halang ceramah dan lain-lain lagi.
Untuk pengetahuan umum, FRU sudah lama ditubuhkan - sejak zaman sebelum merdeka lagi. Bermula dengan tiga troops FRU telah berjaya menangani rusuhan-rusuhan yang berlaku pada awal 1950 an. Namun demikian, sejak 1998, FRU memainkan peranan penting dalam meleraikan rusuhan-rusuhan yang banyak berlaku di sebabkan penahanan Anwar Ibrahim.
Sekarang, FRU biasanya dijadikan “pak turut” kerajaan Malaysia. Mereka hanya mengikut arahan tanpa memikirkan rasionalnya perbuatan tersebut. Mereka ditugaskan meleraikan perhimpunan aman dengan cara keganasan. Cota dijadikan alat untuk memukul orang. Gas pemedih mata di lepaskan untuk meleraikan orang ramai. Meriam air lagi.
Semua itu ditujukan kepada golongan yang tidak menyokong kerajaan. Yer, saya ulang sekali lagi mereka hanya berbuat begitu kepada golongan yang tidak menyokong dan mengancam kerajaan. Buktinya, semasa puak-puak UMNO mengadakan demonstrasi jalanan (yang mana KJ umpamakan golongan ini sebagai beruk-beruk di jalan raya) untuk membantah Sultan Terengganu dalam isu pelantikan MB, tiada FRU halang.
Mat-mat rempit yang terkenal dengan ganster di jalan raya - mana ada FRU turun halang. Kalau dari pihak pembangkang je, mesti ada FRU turun. Nampak sangat berat sebelah.
Uishh..apa aku merapu panjang-panjang ni. Sebenarnya post aku kali ni, untuk menunjukkan kepada anda semua bahawa ramai orang yang tidak berpuas hati kepada FRU.
Mereka sanggup menterbalikkan trak FRU dengan selambanya tanpa menghiraukan risiko yang bakal dialami. Apabila marah menguasai diri, ditambah pula dendam kesumat yang membara, inilah jadinya.
Kepada pihak FRU. Harap boleh ambil iktibar dari peristiwa ini. Jalankanlah kerja anda dengan amanah. Jangan taat kepada pemerintah yang zalim. Anda mampu mengubahnya.
Untuk melihat gambar-gambar trak yang terbalik tu, klik di sini. Read More






