Posted by irsyad22 on December 5, 2009 – 9:34 pm

Amaran kepada streamyx! Saya POTONG kang!
Streamyx di rumah saya dari pagi tadi lagi slow. Saya sungguh tertekan. Adakah anda semua satu nasib dengan saya?
Tengah hari tadi, saya online ingat nak update blog la tetapi internet sangat-sangat slow. Hal ini membuatkan saya keletihan menunggu page loading. Lantas saya terus off komputer dan baca buku.
Petang tadi jugak saya pergi mengangkut nyor. Oh alangkah malangnya nasib saya kerana nyor-nyor di kampung telah banyak dicuri orang. Celakalah si pencuri itu.
Sekarang saya duduk ingin mengupdate blog dan kerja-kerja lain tetapi nampaknya kerja saya akan tertunda lagi.
Internet slow! Saya tertekan! Anda bagaimana?
Posted by irsyad22 on December 4, 2009 – 11:45 pm

Petang tadi, aku dan Kawa pergi ke pantai Teluk Ketapang. Hajatnya nak bertemu dengan kawan-kawan sekolah menengah dulu. Lebih kurang gathering la tadi. Mastermind kali ini Duan Ustak.
Ramai la juga yang datang. Aku ingat mereka nak berkumpul kat rumah Duan dulu. Padahal mereka semua terus ke pantai. Aku sorang je pergi rumah Duan dulu. Tapi nasib baik juga, boleh la Duan tumpang aku sekali tadi. Sekali arong!
Oh, tentatif tadi hanyalah makan-makan, sembang-sembang dan amik gambar. Aktiviti biasa. Maghrib balik!
Otw balik tu, Kawa dengan penuh sayu nye mengadu kat aku..
“Aku teringin nak pergi Kuantan tapi transport susah skit bg aku. Mak aku tak bagi jalan jauh-jauh”
Disebabkan aku ni seorang sahabat yang baik lagi memahami, aku pun secara spontan balas
“Jom la. Aku OK je tapi kene tanya kakak aku dulu la. Kalau dia tak guna kereta boleh aja. Weekend saja la”
Nak dijadikan cerita, hajatnye nak pergi esok terus tapi ada la sedikit masalah. Fikir punya fikir, hmm… Kami rancang untuk pergi minggu depan.
Kawan-kawan, sape lagi mahu ikot? Jejomz. Kawan-kawan yang duk kat Kuantan, sila-sila sambut aku nanti. Aku nak segala perbelanjaan aku ditanggung. ahah (demand lebih)
Ok.. itu sahaja update setakat ni. Cawww~